Thursday, March 18, 2010

Persepsi Kehidupan

Assalamualaikum wrt wbt pada semua.Hari ahad kunjung tiba lagi... Hari 'agenda kekeluargaan' bagi kebanyakan kita. Pelbagai'atucara' direncanakan ke serata pelusok kawasan. Ada yang menghadiri kenduri-kendara...ada yang 'tawaf' shopping2 complex dgn hasrat membeli sesuatu atau sekadar mencuci mata...ada yang ke pusat2 rekreasi spt air terjun, tepian pantai, taman2 bunga dsbnya...ada juga yang tak ke mana-mana, sekadar 'lepak' di rumah bersama keluarga...'al-maklumlah' hujung2 bulan spt ini, kocekpun dah tk berapa nak penuh...Apabila menyentuh ttg agenda kekeluargaan, segala-galanya perlu diutamakan. Dalam sebarang keadaan sekalipun, tiada 'hak' untuk seseorang memutuskan tautan kekeluargaan. Kita dituntut untuk sentiasa meyuburkan tautan ini, bukannya 'meracuni' dengan perkara2 yang melibatkan emosi dan perasaan dendam serta kebencian sesama kita. Hari ini, kalau diperhatikan banyak perkara yang membuka ruang kepada terjarak dan terputusnya tautan mahabbah kekeluargaan sesama kita. Hatta, ada tercatat kes2 di mana seorang anak sanggup utk tdk 'menyayangi siibu dan siayah semata-mata perebutan harta yang sekakang kera...sehingga saki-baki umur mereka dibiarkan di pusat-pusat penjagaan orang tua2 dan juga rumah2 kebajikan...ada yg terus membiarkan selama-lamanya hingga ke hujung nyawa mereka...Seringkali saya terserempak dgn wajah sunggul, barangkali pangkatnya nenek meraih simpati orang yg lalu lalang di tepian kaki lama seawal pukul 7.30 pagi...saya terfikir apakah 'nenek ini' juga spt mana yg lain yg tdk 'berumah' dan tidur di kaki2 lama sekitar pudu raya dan dataran maybank...jika benar begitu, ke mana pergi waris-warisnya? Apakah mereka sanggup membiarkan 'seorang ibu' atau setidak-tidaknya seorang 'insan yg sudah begitu longlai' utk berpeleseran mencari sesuap nasi!Ini hanya cebisan drpd mungkin ratusan atau ribuan 'angkara duniawi moden'...'persepsi keduniaan' yg begitu meletakkan "RM" sebagai nadi kehidupan telah sedikit demi sedikit melunturkan rasa peri kemanusiaan sesama kita. Hari ini segala-galanya dinilaikan berdasarkan "RM" termasuklah maruah dan kehormatan diri...ia sudah mula 'diperdagangkan' samada secara terbuka ataupun terselindung di sebalik sesuatu, pada harga tertentu...dan kadang2 ada 'runding-merunding' antara pihak2 yg terlibat...'win-win situation lah katakan'...Bagi komuniti korporat dan pemilik toko2 besar serata ceruk dunia...keuntungan 'RM' yang semakmisma mungkin menjadi agenda utama...apa saja 'halal' dilakukan asalkan tidak menyanggahi undang2 negara, walaupun ada segelintir yg terpaksa menanggung derita dan sengsara yg berpanjangan...para pekerja pelbagai lapisan pangkat pula 'secara terpaksa' mengikut rentak majikan mereka demi 'survival rezeki yang dicari'...dlm situasi ini, setiap pekerja secara tidak sedar terdidik jiwanya, pemikirannya utk berpersepi bahawa 'diri sendiri perlu dipedulikan dlm sebarang situasi, dan diri org lain biarlah mereka sendiri yg mempedulikannya'...lama kelamaan sikap mementingkan diri sendiri makin membiak dan menyubur sehingga terbudaya dalam masyarakat...seringkali kita dengar tahap keakuan yg begitu menebal dalam diri seseorang apabila ada yg mengatakan, 'apa yg nak dikisah kita tidak berkongsi liang lihad...biarlah dia, kita dgn cara kita, dia dgn cara dia'...Dalam 'dunia yg keakuannya' begitu menebal...manusia makin hilang nilai pertimbangan...dek sikit saja kesilapan, segala kebaikan yg 'terbuat' selama ini dgn mudah diketepikan...seolah2 tiada langsung kebaikan sebelum ini...bahkan kesilapan yg sekecil itu pula digembar-gemburkan...konon2nya atas dasar peringatan dan pengajaran pada semua...Itulah antara bibit2 kehidupan yg makin jauh drpd Allah SWT...tiada lagi ketenangan diri...fikiran berkecamuk...tindakan pastinya melulu, jauh dr pertimbangan yg rasional...makin lama makin jelas 'kehambaannya' pada tuan dunia...dan makin lama makin kabur 'kehambaannya' pada tuan yg sebenar, iaitu Allah SWT...Ingatan-Nya pada kita cukup jelas dlm Surah al-Ra'd, ayat 28 dan 29 yg bermaksud:"Orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. Orang2 yg beriman dan beramal soleh, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yg baik"Semoga diri kita dilindungi drpd persepsi dunia yg keterlaluan...Wassalam

No comments:

Post a Comment